Dua maut sementara dua yang lain cedera parah, selepas terbabit dalam satu kemalangan membabitkan tiga motorsikal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 pagi di kilometer 7, Jalan Kuala Pilah, Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Dua yang mati di tempat kejadian ialah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Vokasional Juasseh Kuala Pilah Muhd Ibnor Qayyum Abu Hanafiah 16 tahun.
Seorang lagi adalah kakitangan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, JPPH cawangan Seremban, Asnizaharin Assas, 29 tahun.
Dua lagi yang cedera dihantar ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Pilah.
Pegawai penyiasat trafik polis Kuala Pilah Inspektor Abdul Hanif Abd Ghani berkata pelajar yang maut sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Tanjung Jati Kuala Pilah ke sekolah.
Manakala mangsa yang satu lagi dari arah bertentangan ke Seremban untuk ke tempat kerja.
Sementara itu, bilik mayat Hospital Kuala Pilah dipenuhi keluarga kedua-dua mangsa bagi menantikan proses bedah siasat.