Terdesak sangat gamaknya para blogger Pakatan Rakyat sehingga terpaksa mencipta isu paling dangkal semata-mata untuk memastikan parti itu terus hidup. Setelah terkantoi mencipta isu besar seperti scorpene, PR beralih mencipta isu bodoh dengan memutarbelit rakaman video ucapan PM di hadapan perwakilan MCA.
Blogger Milosuam yang nampaknya mengambil kredit dari video ini telah mengedit bagi menunjukkan seolah-olah Dato’ Seri Najib berkata “Hudud Lancau”. Bahagian ini telah diulang-ulang dengan sengaja dengan niat konon untuk memperdengarkan ungkapan tersebut dengan lebih jelas.
Namun, terlalu amat ketara yang Dato’ Seri Najib menyebut sebuah nama kampung di Sarawak iaitu Hulu Lacau. Sesiapa saja boleh mendapatkan video penuh untuk mengesahkan apa yang diucapkan oleh Dato’ Seri Najib.
Lagipun, Dato’ Seri Najib bukannya sebodoh Nik Aziz untuk mengucapkan sesuatu yang akan memakan diri. Lebih dari itu, Dato’ Seri Najib juga orang Islam yang beriman, apa ke jadahnya beliau menghina hukum hudud sebegitu. Lainlah kalau Karpal Singh yang berkata demikian kerana DAP memang konsisten dan tegas menolak hudud dan Negara Islam.
Justeru, siapakah yang melancaukan hudud sebenarnya? Siapakah yang sanggup dan tergamak melancaukan hukum Islam dalam usaha untuk memanipulasi sebuah ucapan yang jujur?
Puak-puak PAS pantas mengutuk Dato’ Seri Najib apabila video ini disebar tetapi setelah kebenaran berada di depan mata, apa pula komen PAS? Yang pasti, yang melancaukan hudud bukan Dato’ Seri Najib, tetapi blogger Pakatan Rakyat sendiri iaitu Milosuam.
Apakah PAS hanya akan membutakan mata dan memekakkan telinga apabila Milosuam melancaukan hudud? Atau hanya akan buat tak tahu seolah-olah melancaukan hudud adalah tidak salah kerana ia dilakukan oleh puak mereka?
Jelas, bagi PAS mengkritik atau menghina hudud hanyalah salah jika dilakukan oleh orang-orang UMNO dan BN tetapi tidak apa jika dilakukan oleh DAP atau blogger Pakatan Rakyat.
“Ini termasuk 5,000 suku kaum Kelabit di Sarawak dan Iban di Hulu Lacau, mereka juga rakyat Malaysia dan mesti dibantu,“
Video kenyataan penuh Najib Razak : Kalau kita dengar secara keseluruhan video disini (minit 32), Najib ketika itu sedang bercakap tentang gagasan 1Malaysia yang dakwanya begitu menyeluruh sehingga ke kawasan ‘hulu lacau’ (Sarawak), Najib bukan cakap tentang hudud pun!!
+++++
Video yang telah diedit oleh penyebar fitnah pembangkang :