…
Seorang penunggang maut dipercayai digilis beberapa kenderaan setelah terjatuh dari motosikal ditunggangnya di lebuh raya di Hulu Selangor, pagi tadi.
Motosikalnya pula yang turut dirempuh pelbagai kenderaan, ditemui terseret kira-kira 100 meter dari mayat mangsa.
Kemalangan ngeri ini berlaku kira-kira jam 6 pagi di KM429 Lebuh Raya Utara Selatan arah Rawang, selepas susur keluar Bukit Beruntung.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai terjatuh di laluan paling kanan lebuh raya setelah motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan.
Beberapa buah kenderaan yang mengekori dari belakang dipercayai tidak sempat mengelak dan terus melanggar mangsa.
Bagaimanapun, tiada sebuah pun dari kenderaan terbabit berhenti sebaliknya terus meninggalkan tempat kejadian.
Mangsa dikenali sebagai Velayutham Muthiah, 46 tahun, berasal dari Ipoh, Perak.
Kemalangan menyebabkan laluan paling kanan lebuh raya arah ke Rawang terpaksa ditutup lebih sejam.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.