“Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak tidak pernah tersandung atau tersalah.
Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan.”
Ucap kata di atas tidak dituturkan oleh seorang diktator mahupun pemimpin yang zalim dan ia tidak juga diucapkan oleh seorang hamba Allah yang ego menongkat langit, sebaliknya ungkapan tulus itu terbit dari hati seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Pemimpin negara berjiwa rakyat yang dimaksudkan itu ialah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC pada Khamis lepas.
Tidak sukar untuk rakyat memahami ungkap kata PM, maksudnya terang lagi bersuluh menonjolkan keluhuran hati budi Dato’ Seri Najib, namun bagi Exco Kanan Kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa lain pula situasinya.
Sesuka hati Husam membuat tafsiran songsang mengaitkannya dengan isu royalti minyak Kelantan yang kononnya satu kezaliman yang sengaja dilakukan oleh Kerajaan Pusat untuk menindas rakyat negeri itu.
Kata Husam, “Dalam kes wang royalti, permohonan maaf tidak boleh diterima kerana wang Kelantan terus diambil oleh Kerajaan Pusat. Jadi beliau hanya minta maaf untuk mempermainkan rakyat Kelantan dan ini tidak lebih dari retorik menjelang pilihan raya.”
Persoalan royalti minyak sekarang ini segalanya terpulang pada budi bicara Mahkamah selepas Husam sendiri mengusulkan kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk membawa isu ini ke muka pengadilan Mahkamah Tinggi.
Kerajaan PAS Kelantan yang memandai-mandai bawa ke Mahkamah tapi sekarang meminta pula Kerajaan Pusat supaya segera menyerahkan hasil royalti, tak ke pelik namanya tu?
Apa lagi yang nak dibangkitkan dan dipersoalkan? Sudah jelas bahawa semua proses carigali minyak dan gas terletak di luar pantai Kelantan, melampau had 3 batu nautika dan PAS juga mengakuinya. Dalam keadaan ini, segala hasil melebihi jarak itu automatik akan masuk ke kantung Kerajaan Pusat.
Namun atas dasar keehsanan Kerajaan Persekutuan maka peruntukan wang ehsan tetap diberikan juga untuk rakyat Kelantan, dan ia tidak diberikan terus kepada Kerajaan PAS Kelantan kerana semua urusan carigali tidak berlaku dalam had wilayah Kelantan.
Adakah Husam masih belum faham pokok pangkal isu royalti digembar gemburkannya itu? Husam faham, tapi disebabkan pilihanraya umum dah hampir tiba, maka sengaja dibuat buta kayu dan pekak badak semata-mata untuk memainkan sentimen rakyat Kelantan.
Husam mungkin bukan seorang yang kurang cerdik atau terlebih dos kebodohan, tapi dengan sikapnya sekarang ini setidak-tidaknya ia memperlihatkan tabie semulajadi pemimpin PAS dan Pakatan pembangkang bijak dalam bab putar belit.
Dek kerana keegoan dan rasa bongkak sudah menguasai diri, Husam mempertikaikan keikhlasan hati PM kemudian dimanipulasi untuk kepentingan politik kepartian PAS