++++
500 ahli daripada dua buah NGO di Shah Alam dan orang perseorangan, menyertai UMNO.
Dua NGO terbabit – Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam dan Persatuan Peniaga Kecil Kompleks PKNS.
Borang diserahkan kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan penyertaan NGO ini, menunjukkan satu manifestasi UMNO dan BN dalam mendapat sokongan penuh pelbagai lapisan rakyat.
Contohnya – pemberian subsidi tayar baharu siri pertama kepada 70 ribu teksi dan kereta sewa membabitkan peruntukan 35 juta ringgit.