[youtube https://youtube.com/watch?v=dBXzvRkiSME]
Rakyat Malaysia yang ditembak mati di Davao, Filipina kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Jemaah Islamiyah, J.I selamat dikebumikan di kampung halamannya di Benut, Pontian, Johor subuh tadi.
Mohd Noor Fikrie Abdul Kahar, 25 tahun yang menggunakan nama Goodd-jin di sebuah forum di internet juga di katakan pernah memuat naik pelbagai status jihad lebih dua ribu kali.
Jenazah Mohd Noor Fikrie tiba di KLIA kira-kira jam 5:30 pagi tadi.
Hadir sama bekas isteri bersama tiga anak mereka berusia tiga, empat dan lima tahun.
Allahyarham ditembak mati 14 Disember lalu selepas bergelut dengan polis Filipina.
Pergelutan itu dikatakan berpunca apabila Mohd Noor Fikrie enggan membenarkan polis memeriksa begnya yang dipercayai berisi bom buatan sendiri dan peledak.