Di Sabah, 20 pasangan ditahan dalam operasi bersepadu cegah maksiat.
Mereka termasuk pelajar institusi pengajian tinggi dan kakitangan awam yang ditahan atas dakwaan berkhalwat.
Operasi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dengan dibantu polis dan Rela dibuat dari jam 10 malam hingga 5 pagi tadi.
Tumpuan operasi di 18 hotel murah sekitar bandar raya Kota Kinabalu serta di Putatan.
Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 41 tahun dibawa ke Wisma Majlis Agama Islam Sabah dan Pejabat Daerah Putatan untuk siasatan lanjut.
Penolong Ketua Penguatkuasa Agama, Khamis Jamil berkata, empat orang termasuk tiga wanita berusia 19 hingga 22 tahun turut ditahan kerana disyaki minum arak di khalayak ramai.
Beberapa premis perjudian di Putatan turut diserbu bagi membanteras kegiatan perjudian haram yang berselindung di sebalik pusat siber.
Premis berkenaan turut disita Majlis Daerah Putatan.