Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di internet.
Berucap pada pelancaran bon dan sukuk yang diniagakan ETBS di Bursa Malaysia ibu negara, beliau menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.
Kenyataan Perdana Menteri itu sekaligus menafikan spekulasi yang mendakwa beliau diserang strok ringan yang hangat diperkatakan hujung minggu lalu.