Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan menuntut kerajaan Kelantan pimpinan PAS menunaikan janji untuk memberi tanah kepada bekas tentera.
Yang Dipertua persatuan itu, Datuk Mohammad Abdul Ghani berkata janji yang berlarutan hampir setahun lalu menyebabkan sejumlah besar bekas tentera di kalangan 14,000 anggota persatuan itu yang berasal dari Kelantan terus menderita kerana masih belum memiliki rumah sendiri.
Pada April 2012, mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan meluluskan pemberian tanah 0.8 hektar kepada setiap bekas tentera yang berasal dari Kelantan dengan sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi menentukan mereka layak menerima tanah sama ada untuk tapak rumah atau pertanian.
Keputusan itu dibuat kerajaan negeri bagi menghargai tugas mereka selama ini menjaga keamanan negara.
“Ia sepatutnya tidak berlaku kalau sudah berjanji. Perkara ini tidak akan berlaku jika kerajaan negeri dipimpin Barisan Nasional (BN) yang pastinya akan menunaikan janji itu.