GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional bersama ribuan pengunjung yang hadir, pada Isnin.
Beliau telah diiringi oleh isterinya Datin Rosmah Mansor, dengan pakaian merah.
Turut kelihatan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional negeri.
Ketua Pemuda Barisan Nasional(BN) Negeri, Oh Tong Keong berkata, 20,000 pelekat akses kepada “zon penonton” berada di hadapan pentas telah diedarkan.
“Kita perlu mengehadkan orang ramai di kawasan itu untuk memastikan keselamatan Psy ketika melakukan persembahan.
“Kami amat gembira dengan kehadiran orang ramai awal sejak awal pagi tadi,” katanya, sambil menambah bahawa terdapat sekurang-kurangnya 50,000 orang yang sudah hadir.
“Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan dijangka berada di sini tidak lama lagi,” katanya.
Sementara itu, orang ramai mula membanjiri kawasan padang Sekolah Tinggi Han Chiang seawal pukul 7 pagi. Sebanyak 30 bendera diatur menghala masuk ke dalam padang Sekolah Tinggi Chiang Han .
“Saya tinggal berdekatan dan saya adalah peminat Psy. Muziknya membuatkan saya gembira,” kata lelaki berusia 77 tahun Lim Lean Kee yang berjalan kaki pada 5 pagi dengan cucunya.