UtamaNASIONALNajib Lakar Sejarah Hadiri...

Najib Lakar Sejarah Hadiri Aktiviti Anjuran Dong Zong - pakdin.my

najib dong zong 2KAJANG  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melakar sejarah menjadi perdana menteri pertama menghadiri aktiviti anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sejak 59 tahun penubuhan persatuan itu.

Kehadiran Najib pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di sini pada kira-kira pukul 9.45 pagi disambut Pengerusi Dong Zong Dr Yap Sin Tian serta wakil-wakil persatuan lain.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Perdana Menteri turut menyertai acara “Lao Shang” dan menulis kaligrafi yang membawa makna “menyambut tahun baharu bersama-sama”.

najib dong zong 1Acara kaligrafi berkenaan juga disertai Dr Yap, Timbalan Pengerusi Dong Zong Chow Siew Hon, Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Ong Chiow Chuen dan Pengerusi Merdeka University Berhad Foo Wan Thot.

Najib bersama tetamu kemudiannya menikmati hidangan sambil dihiburkan dengan persembahan pentas.

Lebih 5,000 tetamu turut hadir pada majlis itu dan mereka dihiburkan dengan persembahan tarian singa, persembahan muzik dan nyanyian tradisional Tionghua.

Orang ramai rata-rata teruja dengan kehadiran perdana menteri serta tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu semasa beliau hendak meninggalkan majlis kira-kira pukul 10.30 pagi.

Majlis tersebut dianjurkan bersama Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Merdeka University Berhad, Persekutuan Persatuan-Persatuan Tiong Hua daerah Hulu Langat, Dong Jioa Zong Higher Learning Center, Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina setiap negeri dan Kolej New Era.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Dong Zong Chow Siew Hon ketika ditemui pemberita berkata kehadiran perdana menteri memberi satu permulaan baik kepada penambahbaikan sekolah aliran Cina.

“Jelas kelihatan keikhlasan perdana menteri ketika hadir pada majlis hari ini dan kami gembira dengan kehadiran beliau,” katanya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...