KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib bersetuju untuk menggandakan kekuatan pasukan tentera dan polis berikutan serangan terbaru melibatkan polis di Semporna, Tawau.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, Najib juga memberi jaminan bahawa keselamatan dan keamanan di Sabah akan menjadi keutamaan mereka, terutama selepas tembakan di Semporna pada malam Sabtu.
“Di pihak saya, saya akan bekerjasama rapat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memantau semua kawasan selain dari Lahad Datu,” katanya pada Ahad.
Musa berkata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan tentera juga bersiap-sedia untuk menjalankan operasi di seluruh negeri.
“Saya juga menyeru agar pemimpin tempatan untuk bekerjasama bagi menurunkan tahap sentimen dan khabar angin mengenai apa yang berlaku di Sabah,” katanya.
Musa berharap orang ramai berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin yang akan meningkatkan kebimbangan rakyat.