Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan habis-habisan bagi menentang penceroboh Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi Selasa, demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara, kata Perdana Menteri, Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, kerajaan mengambil tindakan yang perlu untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara seperti yang dituntut oleh rakyat.
Najib berkata, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mahukan keamanan dan berusaha untuk sentiasa menyelesaikan konflik melalui diplomasi.
“Tetapi usaha kita untuk mengelakkan pertumpahan darah telah gagal,” katanya.
Najib berkata, beliau memilih untuk menyelesaikan konflik secara aman, tetapi penceroboh menyerang dan membunuh anggota keselamatan.