Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia memutuskan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai syahid akhirat.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa itu berpandangan kematian mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara adalah sangat mulia di sisi agama.
Kata beliau jasa dan pengorbanan anggota keselamatan terbabit sangat besar kepada negara kerana mereka terkorban dalam mempertahankan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.