Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui lamannya, malaysia-today.net semalam mendedahkan sepucuk surat tentang Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Adakah ini langkah Azmin atau kes liwat III?,” soal RPK yang beranggapan surat itu mempunyai dua maksud iaitu pertama, langkah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berpakat dengan kroninya, Zuraida Kamaruddin untuk menamatkan karier politik Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah.
Atau, kedua berlaku sekali lagi kes liwat III, selepas kes liwat II membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kes liwat I membabitkan Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan Samsitaat Madja.
“Walau bagaimanapun, surat ini nampaknya adalah satu cubaan untuk menjatuhkan kem Anwar keseluruhan – ayah, ibu dan anak perempuan.
“Mari kita lihat, apa perkembangan selanjutnya, dalam tempoh beberapa jam berikutnya sebelum kita dapat membuat satu kesimpulan”, kata RPK lagi.
Surat yang disiarkan RPK ditulis oleh MOHD FAREEZ KAMAL INTIDZAM, nombor kad pengenalannya 890625-10-5273 berjawatan sebagai Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin.
Ditulis pada 4 Mac, ditujukan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan salinan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Dalam surat bertulis tangan itu, penama memohon campur tangan Presiden Pas agar menasihati Wan Azizah supaya berundur dari jawatan Presiden PKR menjelang Plihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Penama turut mendedahkan Wan Azizah mempunyai sikap pelik terhadap dirinya, iaitu cemburu apabila dia dilihat rapat dengan Anwar. Nurul Izzah Anwar juga mempunyai sikap yang sama seperti ibunya.
Sila baca surat itu selengkapnya di bawah: