SEMPORNA 12 Mac – Polis berjaya menahan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Bangau-bangau, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, sepasukan polis dari IPD Semporna telah menyerbu sebuah rumah selepas menerima aduan penduduk setempat yang memaklumkan terdapat individu disyaki serpihan anggota kumpulan terbabit.
Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian itu.