LAHAD DATU: Seorang anggota tentera Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.
Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada pukul 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.
………………………………………
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan gugur, manakala tiga lagi pengganas ditembak mati dalam pertempuran Operasi Daulat, di Lahad Datu, Sabah siang tadi.
Ini adalah kematian pertama membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia, ATM sejak Ops Daulat dilancarkan 1 Mac lalu.
Manakala lapan yang gugur sebelum ini adalah anggota Polis Piraja Malaysia, PDRM.
Dengan perkembangan terbaru itu, jumlah anggota pasukan keselamatan yang gugur dalam Operasi Daulat kini meningkat kepada sembilan orang, mnakala jumlah pengganas yang ditembak mati pula meningkat kepada 57 orang.