HULU SELANGOR – Tiga maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta mewah dan sebuah treler di Hulu Selangor.
Kemalangan berlaku kira-kira 12:05 tengah malam tadi di KM 421.6, Lebuhraya Utara Selatan arah Tanjung Malim.
Kereta mewah dinaiki mangsa dipercayai dipandu laju dalam perjalanan dari ibu negara menuju Pulau Pinang.
Ia dipercayai melanggar sisi kanan treler terbabit.
Akibatnya, treler ini hilang kawalan lalu terbabas dan melintang di tengah lebuhraya sebelum kereta terperosok di bawahnya.
Mangsa dikenali sebagai Yong Eng Yew, 59 tahun, pemandu kereta manakala dua lagi penumpang dikenali sebagai Ooi Choon Hooi 39, dan Tan See Yin, 28 tahun.
Difahamkan kereta Mercedes Benz tersebut belum lagi didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)