Selepas giliran Tian Chua dan Nurul Izzah menghina pasukan keselamatan, seperti polis dan tentera, kini tiba pula giliran Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh menghina pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan bumi Malaysia ini daripada dicerobih orang asing.
Kalau sebelum ini Tian Chua pernah berkata insiden di Lahad Datu adalah sandiwara Umno walaupun kejadian pencerobohan itu telah mengorbankan 10 perajurit tanah air, Nurul Izzah pula menyalahkan UMNO atas insiden pencerobohan lanun Sulu di Sabah, polis tidak berfungsi, UMNO gagal mentadbir negara dan salahguna kuasa.
Giliran Teresa Kok pula berkata perajurit dan anggota keselamatan kita yang berjuang dan terkorban dalam pertempuran dengan militan Sulu di Lahad Datu telah “dimangsakan.”
Apa maksud Teresa Kok mereka dimangsakan?
Jelas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini berfikiran cetek dan sempit apabila semua perkara yang berlaku, waima insiden yang serius seperti di Lahad Datu itu pun ingin dipolitikkan dan menjadi salah Umno.
Menuduh Umno bertanggungjawab dalam perkara itu jelas tidak masuk akal kerana Umno lah pihak yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Ada pemimpin PR yang melawat lokasi ground zero?
Mereka lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang menghina pasukan keselamatan tanpa memikirkan perasaan anggota keluarga mereka yang anak, suami, isteri pergi berjuang di Lahad Datu.
Apa yang mereka tahu, menuduh insiden itu konspirasi Umno, pasukan keselamatan itu menjadi mangsa dengan sandiwara Umno.
Adakah Teresa Kok mengatakan anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu itu pergi dengan sia-sia dan menjadi mangsa?
Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi?
Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.
Ketika negara sedang berjuang untuk memastikan kedaulatan negaranya tidak dicabar, pembangkang masih lagi sibuk memainkan sentimen politik yang sempit.
Pembangkang sibuk menuduh insiden Lahad Datu konspirasi Umno, tapi mereka terlupa Reuters melaporkan pembangkang menjadi dalang pencerobohan Sabah menerusi pertemuan Anwar dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III.