Kegembiraan sekumpulan remaja mandi-manda di kawasan perkelahan di Padang Rengas, Perak, berakhir dengan tragedi.
Tiga mangsa mati lemas, manakala seorang lagi parah selepas dihanyutkan arus deras.
Kejadian petang semalam berlaku di tempat perkelahan Batu Hampar Paya Lintah.
Semua mangsa berusia antara 17 dan 18 tahun dikatakan sedang mandi.
Paras air sungai yang naik mendadak menghanyutkan empat mangsa.
Lima lagi bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.
Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Padang Rengas dibantu penduduk melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.
Kira-kira jam 10 malam tadi, mayat pertama ditemui kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.
Diikuti mayat kedua dan ketiga 7.30 pagi tadi.
Mereka dikenali Farah Anisah Raffe dan Noraidah Azehar ,17 tahun dan Khairul Safuan, 18 tahun.
Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat.
Mangsa cedera dikenali Khairul Azman, juga dirawat di Hospital Kuala Kangsar selepas di temui lewat malam tadi.