Pelakon terkenal Azhar Sulaiman membuat laporan polis siang tadi selepas menerima beberapa ugutan pihak tertentu, dipercayai penyokong parti pembangkang.
Menurut Azhar, perkara itu berpunca daripada sikap tidak senang pihak terbabit susulan tersiarnya beberapa klip video dan kenyataan yang dimuat naik Azhar di laman Facebooknya.
Selain kata-kata kesat dan ugutan pihak terbabit juga dilaporkan turut menggodam dan menyekat laman facebooknya yang menggunakan nama Azhari Sulaiman.
Beliau turut kesal dengan tindakan penyokong berkenaan yang tidak menghormati kebebasan bersuara seperti yang dilaungkan sebelum ini.