Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak menjelaskan urus niaga penjualan tanah yang didakwa dibuat selepas dewan undangan negeri dibubarkan.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Negeri, Datuk Seri Mohd Zin mohamed mendakwa, urus niaga itu membabitkan tapak seluas seribu 960 hektar Tanah Projek Tebatan Banjir, Canal City yang dibatalkan kerajaan negeri pada 2011.
Tambah beliau, pihaknya mendapat maklumat urus niaga berlangsung pada 15 April iaitu selepas Dun Selangor dibubar pada 4 April lalu.
Antara Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Syarikat Pemaju Dijaya Corporation Berhad.
Tindakan itu bertentangan dengan peranan kerajaan sementara kerana membabitkan impak kewangan jangka panjang sedangkan ia harus mentadbir infrastruktur sedia ada.