Pada satu sidang media tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, mengesahkan dua lelaki yang dipercayai menggodam laman web Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara, baru-baru ini, ditahan 30 April lalu.
Seorang pemilik blog turut direman dua hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menyiarkan artikel dan gambar memfitnah anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.