Dalam keadaan Malaysia yang ‘terbahagi dua’ iaitu satu kumpulan terdiri dari kaum bumiputera dan lain-lain, manakala satu kumpulan lagi adalah kaum Cina, amatlah sukar bagi kita untuk menyatakan satu-satu perkara tanpa dituduh sebagai berpihak kepada mana-mana kumpulan.
Apabila kita menerangkan rasionaliti mengenai Dasar Ekonomi Baru dan Hak Bumiputera, kaum Cina pantas menuduhnya sebagai rasis biarpun hujah-hujah yang diberikan adalah tepat. Apabila kaum Cina berdegil ingin mempertahankan Sekolah Vernakular, kaum bumiputera pantas menentang kerana ia meningkatkan jurang perkauman. Biarpun hujah tersebut benar dan tepat, kaum Cina tetap menganggap penentangan terhadap sekolah vernakular sebagai rasis serta enggan menerimanya.
Oleh itu, tiada siapa yang dapat memberi pandangan tanpa prejudis dan tanpa dituduh sebagai berpihak, melainkan orang luar iaitu bukan rakyat Malaysia.
‘Orang luar’ di sini tidak termasuk dari kumpulan yang menjadi agen kuasa besar yang ingin menguasai dunia, tetapi mestilah ‘orang luar’ yang bersikap berkecuali dengan sebenar-benarnya.
Salah seorang yang dimaksudkan ialah Dr. Amy Chua iaitu seorang Professor Undang-undang di Universiti Yale. Beliau mengkhususkan kepada pengajian transaksi perdagangan antarabangsa, undang-undang dan pembangunan, konflik etnik serta globalisasi dan undang-undang.
Dr. Chua yang dilahirkan di Filipina adalah seorang berbangsa Cina dari keturunan Hoklo yang menggunakan dialek Hokkien. Beliau dibesarkan di Amerika setelah keluarganya berhijrah ke sana.
Selain mengajar, Dr. Chua juga ada menulis beberapa buah buku, antaranya ialah World on Fire: How Exporting Free Market Democracy Breeds Ethnic Hatred and Global Instability. Buku tersebut mengupas mengenai konflik etnik di dalam masyarakat di mana sebahagian besar ekonomi dikuasai oleh etnik minoriti yang dominan. Buku tersebut disenaraikan sebagai Terlaris oleh akhbar New York Times dan Buku Terbaik 2003 oleh majalah the Economist serta Bacaan Tertinggi 2003 oleh akhbar The Guardian.
Dalam buku tersebut Dr. Chua mengkaji bagaimana globalisasi dan demokrasi sejak 1989 memberi kesan kepada hubungan antara kumpulan minoriti yang dominan dengan kumpulan majoriti. Dalam kajian dan analisa yang panjang lebar, Dr. Chua telah menyimpulkan bawa Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan di Malaysia adalah yang terbaik dan paling sesuai untuk negara ini bagi memastikan kestabilan.
Beliau mengambil kira latar-belakang dan sejarah atau punca masalah ketidakseimbangan ekonomi iaitu bertitik tolak dari penjajahan. Penjajah zaman dahulu telah mengeksploitasi ekonomi penduduk asal dan di masa yang sama memberi lebih peluang kepada kaum pendatang. Ini mengakibatkan penduduk asal ketinggalan dalam segala bidang sehingga tiada pilihan selain menjadi petani dan kuli.
Dengan itu, beliau mengiktiraf Dasar Ekonomi Baru sebagai cara terbaik untuk mendekatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum selain membentuk perpaduan dan menghapuskan kemiskinan. Dasar ini juga terbukti membantu Malaysia mencapai kestabilan politik serta perkembangan ekonomi yang kukuh. Kerana itu, Dasar Ekonomi Baru telah diiktiraf dan disokong oleh Bank Dunia.
Perlu diingatkan bahawa Dr. Chua bercakap bukan sebagai wakil kumpulan Cina, mahupun kerajaan ataupun kumpulan kaum-kaum lain di Malaysia. Beliau bercakap sebagai seorang ahli akademik dan memberi hujah serta pandangan berdasarkan fakta.
Beliau juga jelas tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan memihak kepada sesiapa, melainkan keuntungan dari jualan bukunya sahaja.
Justeru, kaum Cina di negara ini yang gemar mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru mahupun hak bumiputera wajar mengambil pengajaran dari buku Dr. Chua ini. Ketepikan sebentar kebencian dan keinginan untuk menunjuk lagak atau kuasa.
Untuk kesekian kalinya, belajarlah berfikir dan mengambil pendekatan seperti seorang manusia yang waras dan matang. Terimalah kenyataan bahawa Dasar Ekonomi Baru tidak pernah merugikan kaum Cina. Ia hanya membantu kaum lain untuk turut bersaing dengan kaum Cina.
Dengan kedudukan kaum Cina yang sudah jauh ke hadapan dalam ekonomi, kaum Cina tidak mungkin akan ketinggalan lagi. Jadi apalah salahnya jika sama-sama untung asalkan bukan sama-sama rugi?
Sudah sampai masanya kaum Cina belajar berfikir seperti manusia yang bertamadun iaitu hidup bukan semata-mata untuk mencari keuntungan material. Apakah SJKC tidak mengajar semua nilai-nilai ini?
Sewajarnya, kaum Cina di Malaysia menjadikan buku Dr. Amy Chua sebagai rujukan untuk memahami senario ekonomi di Malaysia sebelum terjerit-jerit menuntut itu dan ini. Belajarlah bersopan dan bertoleransi seperti manusia yang berakal dan berhati perut.
Apakah kaum Cina benar-benar sanggup memusnahkan negara semata-mata untuk mendapat keuntungan maksima di pihak mereka?