[youtube https://youtube.com/watch?v=JnDbhmrBY3M]
Lagi bantahan ahli pas terhadap perlantikan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu.
Kali ini membabitkan ahlinya dari Cawangan Gaung Kota, Kubang Kerian yang mempertikaikan proses perlantikan menteri besar baharu yang disifatkan oleh mereka, dilakukan secara tergesa-gesa.
Menurut Zakaria, Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS perlu menjelaskan kepada ahli PAS berhubung perkara itu.
Zakaria yang juga bekas Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia, AKIM,mendakwa, ribuan ahli PAS masih mahukan beliau meneruskan kepimpinannya sebagai menteri besar.