Pertubuhan Pribumi Perkasa mendesak ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan memohon maaf berhubung kenyataannya menyokong Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X, Azran Osman Rani yang disifatkan menghina orang melayu.
Apabila mencerca Utusan Malaysia yang juga akhbar lidah rasmi orang Melayu sebagai rasis melalui akaun Twitternya 18 Mei lalu.
Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim berkata Datuk Seri Kalimullah yang juga Ahli Lembaga Pengarah Air Asia diberi tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Tambah beliau, Perkasa turut menyokong penuh saranan veteran UMNO agar memboikot perkhidmatan Air Asia mahupun Air Asia X.
Sementara itu, Ruslan turut mengecam rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi berhubung keputusan PRU-13 di luar negara.
Beliau turut bersetuju saranan agar pelucutan kewarganegaraan kepada individu terbabit dilakukan.
++++