Kelewatan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan isterinya berpindah masuk ke kediaman rasmi mereka telah mencetuskan satu spekulasi bahawa kediaman itu sebenarnya berhantu.
Akhbar Asahi melaporkan, spekulasi itu timbul selepas ahli politik daripada parti pembangkang membangkitkan satu laporan mengenai keadaan ganjil dan pelik yang berlaku di kediaman itu.
Kerajaan Jepun menerusi satu kenyataan semalam, bagaimanapun menafikan laporan tersebut dan menegaskan tiada sebarang kejadian pelik berlaku di kediaman itu.
Abe dan isterinya masih belum berpindah ke kediaman rasmi itu biarpun sudah lima bulan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.