Tiga termasuk seorang anggota polis sukarelawan berpangkat Konstabel maut apabila kenderaan pacuan empat roda polis yang dinaiki bertembung dengan dua kenderaan lain.
Kenderaan pacuan empat roda berkenaan membawa empat orang suspek kes yang disyaki terbabit mencuri barangan di sebuah pasar raya.
Kejadian berlaku jam 7.40 malam semalam di kilometer 24, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam dekat Senai.
Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota polis dalam perjalanan pulang membawa empat suspek kes curi di sebuah pasar raya di Senai ke Balai Polis Senai.
Kenderan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah bas dan Proton Iswara.
Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh iaitu anggota polis sukarelawan, Mohd Amir Fairuz Mohd Sobri, 21, dan suspek, M.Marimuthu, 38 tahun.
Seorang lagi ialah pemandu kereta Proton Iswara yang juga seorang warga Indonesia bertaraf pemastautin tetap, Rosdi Tukio, 48 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemalangan turut mengakibatkan dua anggota polis cedera.
Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kulai untuk bedah siasat.