Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa mencetuskan persoalan apabila beliau memohon untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Speaker DUN, Abdullah Ya’kub memberitahu, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri itu turut memohon untuk tidak menghadiri persidangan dewan pada kali ini yang dijadual bermula Ahad ini.