[youtube https://youtube.com/watch?v=8dF87peRpW8]
Bajet 2014 yang sedang dirangka akan memastikan pertumbuhan ekonomi kekal rancak disamping menjamin kemakmuran rakyat secara adil.
Dengan tema “Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi”, 96 cadangan dalam bentuk memorandum bagi mengutarakan isu sosial dan ekonomi akan diteliti.
Perkara ini dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan pembukaan Majlis Konsultasi Bajet 2014 di Kementerian Kewangan.
Ia satu platform interaksi penting antara sektor swasta dengan kerajaan bagi bertukar pandangan selaras usaha memacu negara ke arah negara maju menjelang 2020.