Seorang pembonceng maut apabila motosikal dinaikinya, dirempuh sebuah kereta yang terbabas.
Kejadian yang berlaku 8.30 pagi tadi, menyebabkan Jalan Lingkaran Tengah 2 sesak sepanjang lebih 4 kilometer.
Kemalangan berlaku di kilometer 3.9, Jalan Lingkaran Tengah 2 dari arah Kepong ke bulatan Batu Caves.
Kereta mewah ini dikatakan hilang kawalan, lalu merempuh motosikal yang dinaiki mangsa, sebelum melanggar tembok pembahagi jalan.
Mangsa warga Indonesia dikenali sebagai Andi, cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.
Manakala penunggang motosikal parah dan dirawat kini di Hospital Selayang.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Pemandu kereta yang tidak mengalami sebarang kecederaan, dibawa ke Balai Trafik Jalan Bandar untuk soal siasat.
Siasatan dibuat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.