Seorang pembantu rumah warga Indonesia hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar terhadap pertuduhan membunuh seorang warga emas di Taman Serindik jun lalu.
Dedek Lena, 38 tahun berasal dari Batam, Indonesia dituduh membunuh Che Siah Wan Nik, 75 tahun di rumah bernombor B-26, Taman Serindik, Jalan Langgar pada pukul 11.25 pagi 24 Jun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang berpakaian penjara warna ungu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.
Tiada pengakuan direkodkan.
Majistret kemudian menetapkan 6 oktober ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah.