Skuad Datuk K. Rajagobal tewas 4-1 kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC pada aksi persahabatan antarabangsa sempena Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam, Ahad.
Gol pertama The Blues hadir pada minit ke-5 melalui bola leret Bertrand Traore sekali gus menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias.
Skuad The Blues tang diketuai John Terry tampil dengan permainan yang pantas dengan melakukan beberapa percubaan ke gawang, namun berjaya ditepis Farizal.
Skuad Harimau Malaya sekali lagi tersentak dengan gol kedua anak biah Jose Mourinho melalui tandukan Kevin de Brunye pada minit ke-28 sebelum diusung keluar kerana kecederaan.
Romelu Lukaku menambah jaringan ketiga pada minit ke-45 menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh masa pertama.
Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, permainan semakin rancak dengan skuad Harimau Malaya cuba melakukan serangan.
Kehadiran Safiq Rahim dan Safee Sali memeriahkan keadaan stadium yang dibanjiri oleh kedua-dua penyokong.
Minit ke-88 Victor Moses menambah jaringan keempat Chelsea, namun dua minit selepas itu pemain Malaysia Mohd Fadhli Shas berjaya menjaringkan gol tunggal negara melalui sepakan percuma.
Sebagai rekod, pada tahun 2011, Chelsea menang 1-0 ke atas pasukan pilihan Malaysia.
Senarai pemain:
Malaysia:
Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Azizi Matt Rose, Asraruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Mihd Shakir Shaari, K. Gurusamy, S. Kunanlan, Mohd Amri Yahyah, Nik Mohd Shahrul Azim.
Chelsea FC:
Branislav Ivanovic, Micheal Essien, Bictor Moses, Wulfert Cornelis van Ginkel, Eden Hazard, Romelu Lukaku , Mark Shwarzer, John Terry, Nathaniel Chalobah, Ryan Dominic Bertrand , Bertrand Traore.