Akibat Berlumba Dan Elak Lembu, Seorang Pemuda Maut (video) - pakdin.my

maut-elak-lembu

Akibat berlumba dan cuba mengelak seekor lembu yang sedang melintas jalan seorang pemuda orang asli maut.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam tadi di Jalan Pantai Sepat, Kuantan ketika itu mangsa bersama abangnya dikatakan sedang berlumba bersama seorang rakan.

Bagaimanapun motosikal yang ditunggangi terbabas ketika mengelak seekor lembu lalu merempuh sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa, Yus Kamarul anak lelaki kadir diseret hampir 100 meter dan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat manakala abangnya yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

 

UTAMABERITAAkibat Berlumba Dan Elak Lembu, Seorang Pemuda Maut (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium