Pelakon veteran Datin Umi Kathum meninggal dunia pada usia 81 tahun di rumah anak sulungnya di Saujana Melawati di sini hari ini.
Menurut cucunya yang enggan dikenali, neneknya itu didapati telah meninggal dunia sewaktu Allahyarham mahu dikejutkan untuk makan sahur pagi tadi.
Dalam pukul 4.30 pagi sewaktu kami mahu mengejutkan nenek makan sahur badan nenek sejuk dan kaku. Ketika itu dia sudahpun meninggal dunia,” katanya semasa dihubungi di sini.
Allahyarham yang juga isteri kepada pelakon veteran Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan ibu penyanyi Noor Kumalasari itu meninggalkan lapan anak dan 16 cucu.
Jenazah arwah yang dilahirkan pada 18 Oktober 1932 itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate di sini sebelum