AKAUN facebook Guneswari Kelly, individu pertama yang menyebarkan fitnah kononnya pelajar India dipaksa makan dalam tandas di sebuah sekolah di Sungai Buluh dilaporkan telah ditutup sejak isu inimula menjadi hangat dan hampir mencetuskan ketegangan kaum.
Penulis tidak sempat meneliti akaun ini tapi bagi yang sudah, dikatakan akaun ini adalah akaun hantuyang sengaja dicipta untuk melaga-lagakan orang Melayu dan orang India.
Modus operandi macam ini adalah trademark biasa bagi group tentera siber tajaan DAP, Red Bean Army. Kebetulan atau apa, dalam isu ini DAP paling sibuk nak memanjang-manjang kes ini walaupun sudah dijelaskan itu bukan tandas tapi bilik persalinan dan keputusan menggunakan bilik persalinan itu sebagai tempat makan, dibuat oleh PIBG sekolah.
Bukan pengetua sekolah berkenaan.
Kita tahu sebab apa DAP sibuk sangat, sebab DAP nak tunjuk yang kerajaan BN perkauman sementara dia sendiri tidak. Sebab itu dalam isu ini penulis percaya, DAP ada kaitan dengan penyebaran fitnah tersebut dengan menggunakan jentera perang sibernya. Inilah politik DAP kalau ramai tak tahu.
Tapi yang lebih penting dalam isu ini ialah, golongan guru patut tahu sekarang siapa yang ke depan membela mereka bila isu macam ini timbul. Bukan pembangkang tapi pihak-pihak yang menyokong kerajaan.
Ini termasuklah Kementerian, media arus perdana dan para blogger sendiri yang berhempas pulas menjelaskan isu ini dari sudut pandang yang betul dan dalam masa yang sama, membersihkan nama pengetua sekolah berkenaan.
Maka itu, penulis hairan kenapa majoriti golongan guru di negara kita ini bersungguh-sungguh menyokong pembangkang, apa yang dapat? Adakah bila berlaku fitnah macam ini, pembangkang yang ke depan membantu guru-guru? Tidak, pihak yang menyokong kerajaan jugak.
Penulis harap, kejadian ini akan menyedarkan golongan guru supaya tidak lagi menyokong pembangkang, apatah lagi menyebarkan fahaman politik mereka di kalangan murid-murid sekolah.
Guru-guru sebetulnya hanya diperalatkan oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka sahaja, hakikatnya, pembangkang tidak teragak-agak mencipta fitnah untuk memburukkan imej perguruan pada bila-bila masa pun.
Asalkan saja boleh bagi pulangan politik pada mereka.