Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, maut setelah motosikal ditungganginya merempuh besi penghadang jalan.
Kejadian berlaku di susur Jalan Mahameru menghala ke Jalan Bangsar kira-kira pukul 12 tengahari tadi.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki, dipercayai hilang kawalan sebaik melalui susur berkenaan.
Akibatnya motosikal itu terbabas ke arah besi penghadang jalan, menyebabkan mangsa tercampak dan terseret beberapa meter.
Chan Kai Chong, 55 tahun yang berasal dari Taman Petaling, Petaling Jaya, cedera parah di beberapa bahagian badan, dan disahkan meninggal dunia.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Rakancops
03-21159999
Polis meminta saksi kejadian, tampil bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.