Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam dinegeri-negeri bagi memantau pergerakan Syiah.
Dalam satu kenyataannya, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha memaklumkan, setakat ini tiada bilangan spesifik pengikut fahaman itu memandangkan jumlahnya meningkat setiap hari.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan fahaman Syiah di negara ini.
Tanpa mengira status atau fahaman politik mereka.
Datuk Seri Jamil Khir juga di laporkan berkata, anggota Syiah amat sukar dikesan kerana golongan itu selalunya menyembunyikan identiti.
Dan sering berbohong bagi mengelakkan diri mereka dikesan menganuti fahaman itu.
Pengharaman Ajaran Siah – Kerajaan Pahang Akan Wartakan Fatwa
Kerajaan negeri akan mewartakan fatwa pengharaman ajaran Syiah bagi mengelak ia daripada terus mengeliru dan memesongkan akidah umat Islam di negeri itu.
Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, MUIP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah,
Pewartaan itu selaras dengan pengharaman ajaran Syiah yang di buat kerajaan negeri sebelum ini.
Baginda mengulas keputusan kerajaan negeri Kedah yang bakal mewartakan Fatwa Anti-Syiah seperti yang diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Khamis lalu.
Titah baginda, ajaran itu tidak boleh dibenarkan berleluasa di negara ini kerana ia memberi kesan buruk kepada umat Islam seperti di negara-negara lain yang mengamalkan ajaran itu.
………
Pengharaman Ajaran Siah – Kerajaan Johor Sudah Kenalpasti Lokasi Penyebaran
Kerajaan Johor telah mengenalpasti beberapa lokasi yang menjadi tempat penyebaran ajaran Syiah.
Apa yang membimbangkan gerakkan itu bukan sahaja bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Malahan mereka turut menerapkan elemen benci-membenci dan menafikan amal ibadah umat Islam lain.
Katanya, kerajaan Johor melalui Majlis Agama Islam Johor turut mengadakan beberapa siri dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan bagi memberi kefahaman mengenai penyelewengan ajaran Syiah.
Abdul Mutalip turut mengingatkan umat Islam agar berhati-hati terhadap siri dakwah yang dilakukan secara tertutup.
Kira-kira 1,000 Pengikut Syiah Dikenalpasti Di Kelantan
Pendakwah Syiah boleh didakwa mengikut Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003 iaitu mengajar tanpa tauliah.
Jika sabit kesalahan denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, boleh di kenakan.
——
Pengharaman Ajaran Siah – Kira-kira 1,000 Pengikut Dikenalpasti Di Kelantan
Hampir satu ribu pengikut Syiah di kenalpasti berada di Kelantan.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya kini sedang memantau rapi perkembangan pergerakan itu.
Sebelum tindakkan susulan di ambil.
Majlis berlangsung di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Angkatan Belia Islam Malaysia Kok Lanas, Kelantan malam tadi.
————
Pengharaman Ajaran Siah – Pengikut Bertambah Setiap Hari Seluruh Negara
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim mengesahkan pengikut fahaman Syiah, semakin bertambah di setiap negeri.
Malah pergerakan fahaman itu kata Ketua Pengarah, tidak hanya menular di bandar, tetapi juga di kampung.
Bagaimanapun – tiada angka rasmi mengenai jumlah pengikut Syiah di seluruh negara sehingga kini.
DATUK OTHMAN MUSTAPHA / KETUA PENGARAH JAKIM
“Jumlah itu memang tidak sama antara negeri-negeri tidak sama jumlah berkenaan dan kita serah kepada Jabatan Agama angka berkenaan, pengikutnya memang ada di negeri berkenaan. Kita tidak nafikan dan sentiasa bertambah antara semasa ke semasa”.
Berikutan jumlah pengikutnya yang berbeza mengikut negeri, pemantauan dibuat Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan fahaman Syiah tanpa mengira status atau fahaman politik mereka.
Pengikut Syiah dikatakan amat sukar dikesan,kerana golongan itu selalunya menyembunyikan identiti dan sering berbohong bagi mengelakkan diri mereka dikesan menganuti fahaman itu.