Selang sehari selepas kemalangan maut mengorbankan empat pegawai Jakim di kilometer 48 jalan Sri Aman-Betong, Khamis lalu.
Pagi tadi dua lagi maut, manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan di kilometer 56 jalan yang sama.
Kejadian sekitar jam 6.35 pagi tadi berlaku setelah kereta Proton Saga yang dinaiki oleh empat mangsa dari Sarikei hilang kawalan lalu berpusing.
Ia menyebabkan pemandu kereta Perodua Viva dari arah bertentangan tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kenderaan mangsa.
Kedua-dua mangsa yang duduk di bahagian kiri kenderaan itu maut ditempat kejadian dan pemandunya pengsan serta penumpang di belakangnya cedera.
Dua yang maut dikenali sebagai Ling Lee Chen, 26 tahun dan Anthony Wong Siow Wei, 28 tahun.
Manakala mereka yang cedera ialah pemandu Ling Tai Hung, 24 tahun dan Stephanie Ting Xiang Chii, 20 tahun.
Kesemua mereka berasal daripada Sibu.
Manakala pemandu kereta Viva, Nora Karu, 38 tahun pula retak tulang kaki kiri.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Hamden Bladi dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.