SEPANG: Tiga lelaki India ditemui mati lemas manakala lima yang lain selamat ketika mandi manda di pantai Bagan Lalang, petang semalam.
Menurut sumber, mangsa pertama ditemui penduduk kampung pada petang semalam manakala mangsa kedua ditemui kira-kira jam 11.45 pagi tadi disusuli mangsa ketiga pada jam 2.45 petang ini.
Saksi kejadian berkata, kesemua mereka dilihat mandi di kawasan pantai berkenaan kira-kira jam 3 petang sebelum lima rakan lain yang sempat menyelamatkan diri memaklumkan kejadian kepada penduduk tempatan.
Mangsa berumur antara 15 dan 59 tahun.