Tujuh buah rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di Kampung Sireh Bawah Lembah di sini hangus terbakar.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi, api marak dengan begitu pantas disebabkan hampir hampir kesemua rumah terbabit diperbuat daripada kayu disamping cuaca panas terik.
Pengolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Abdul Jalil Ishak berkata, pihaknya menghadapi masalah kekurangan bekalan air dan terpaksa mengambil masa selama 30 minit untuk mengawal kebakaran.