Bayangkan seorang peniaga mengadakan promosi barangan di hadapan pelanggan tetapi memburukkan barangannya sendiri. Tentulah peniaga tersebut gila atau pun paling bodoh di dunia. Teapi itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam misi pelaburan ke Hong Kong baru-baru ini.
Di dalam misi tersebut, Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan.
Tentu ramai yang terkejut dengan berita ini dan kita yakin, para pelabur yang mendengarnya juga pasti menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah jenis Ketua Menteri yang menerajui Pulau Pinang.
Telah dikatakan bahawa Guan Eng ini bukanlah seorang yang bijak. Guan Eng bernafas dalam dendam kesumat dan keangkuhan yang parah yang membutakan mata hatinya dan menjadikan beliau hamba kepada kebencian yang meluap-luap. Keadaan ini menjadikan beliau tidak dapat berfikir dengan baik sehingga menjadi bodoh.
Akibatnya, Guan Eng lupa bahawa beliau mewakili negerinya untuk menarik pelabur bukan membuat mereka lari. Jika pelabur berjaya ditarik, beliau juga yang mendapat nama.
Tetapi, Guan Eng rela membiarkan Pulau Pinang tidak mendapat apa-apa pelaburan asalkan Malaysia juga tidak mendapat apa-apa pelaburan. Semuanya kerana beliau ingin melihat keruntuhan Malaysia agar dapat menyalahkan Barisan Nasional.
Nampaknya, Guan Eng bukan seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab. Kita tahu bahawa beliau sudah kaya raya dan kehidupannya tidak akan terjejas sekiranya pelaburan asing merosot, tetapi yang akan terjejas ialah rakyat keseluruhan dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi negara untuk kegunaan sektor lain.
Dalam usahanya untuk memburukkan Malaysia, Guan Eng juga membayangkan bahawa rasuah di Malaysia amat kronik sehinggakan sejumlah RM51 billion boleh dijimatkan jika pengurusan kerajaan benar-benar telus. Memetik jumlah dan menuduh sesuka hati tanpa sebarang perincian memanglah mudah.
Tetapi realitinya, 62.0% (RM125.8 Juta) dari perbelanjaan operasi adalah untuk Emolumen, Bayaran Khidmat Hutang, Pencen & Gratuiti dan Supplies & Services (Sewa, pembaikan dan maintenance, Utiliti dsb)
Manakala, Belanja Pembangunan Kerajaan bagi Tahun 2012 hanyalah sebanyak RM46.9 juta. Katakanlah Kerajaan boleh menjimatkan 25% belanja pembangunan daripada pengurusan kontrak dan rasuah, jumlah penjimatan adalah [RM46.9 juta*25%] RM12.4 juta. Jadi, di manakah logiknya penjimatan sehingga RM51 bilion?
Namun, kita faham yang Guan Eng memang mempunyai masalah dengan matematik. Kita sedia maklum yang DAP mempunyai masalah untuk mengira jumlah undi yang tidak sampai 2,000 pun. Kerana itu, DAP terpaksa mengadakan pemilihan CEC semula. Atas dasar ini, mungkin kita patut bertolak ansur dengan Guan Eng.
Bagaimanapun, kita tidak boleh bertolak ansur atas sikap tidak bertanggungjawab Guan Eng yang telah menyebabkan pelaburan di Pulau Pinang merudum. Lebih pelik lagi, dalam keadaan ini juga, Guan Eng masih mendabik dada konon beliau berjaya mengurangkan hutang negeri dalam sekelip mata.
Hakikatnya, pengurangan hutang yang dicatatkan oleh Pulau Pinang bukan kerana Guan Eng cekap dan telus dalam mentadbir tetapi kerana penstrukturan semula sektor bekalan air di mana liabiliti Kerajaan Negeri dalam sektor air telah diambil alih oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebanyak RM655.25 juta.
Pengambilalihan inilah yang memberikan impak pengurangan 95% jumlah hutang tertunggak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukannya kerana apa-apa dasar yang diperkenalkan Guan Eng. Nampaknya, Guan Eng tentunya mempunyai kulit yang begitu tebal untuk mengakui bahawa rekod pengurangan hutang Pulau Pinang sebagai hasil dari pentadbirannya.
Apapun, kita tidak pasti berapa banyak pelaburan yang berpotensi di bawa masuk sekiranya beliau tidak membuat kenyataan bodoh atau gila itu di hadapan pelabur. Kini, kerana Guan Eng, Malaysia dan Pulau Pinang juga, mungkin berhadapan dengan kerugian kerana tidak dapat membawa masuk pelabur asing.
Kerana Guan Eng juga, DAP berada dalam kekalutan. Justeru, kita tidak tahu bagaimana ahli-ahli DAP masih lagi sanggup menerima seorang penipu dan tidak bertanggungjawab ini sebagai Ketua. Lebih-lebih lagi melantiknya sebagai Ketua Menteri.
Rasanya, sudah sampai masanya DAP berubah. Oleh itu, sekadar mengingatkan ahli-ahli DAP, pemilihan semula CEC ini adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan perubahan. Ubahlah diri sendiri dahulu sebelum terpekik-pekik ingin mengubah orang lain.