Jemaah Haji Malaysia adalah yang terbaik.
Perkara itu diakui oleh Bakr Saeed Nashwan, pemilik bangunan yang disewa Tabung haji di Mekah.
Beliau mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Tabung Haji untuk membincangkan isu pengurusan jemaah dan perkhidmatan yang terbaik buat mereka.
Bakr turut berharap, jemaah haji Malaysia sentiasa berada dalam keadaan selesa sekaligus dapat beramal dalam keadaan baik dan pulang ke tanah air dalam keadaan sihat walaafiat.
Dalam pada itu ,beliau turut merakamkan rasa gembira dapat bersama para jemaah yang mempunya tatatertib yang tinggi dan berharap jemaah Malaysia akan sentiasa kekal berdisplin dan mematuhi kesemua undang-undang dan perauran kerajaan Arab Saudi di sepanjang musim haji ini.
Dalam pertemuan ini, pihak Tabung Haji diwakili oleh Ketua Rombongan, Dato Syed Saleh Abdul Rahman dan disertai pengurusan kananya.