Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, tangkapan dilakukan sebaik pasangan itu baru tiba dengan penerbangan dari Chennai, India, jam 1.10 pagi tadi.
Siasatan mendapati kedua-dua pelajar itu diperdaya sebagai keldai dadah oleh sindiket yang didalangi warga Nigeria.
Tambah Datuk Noor Rashid, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Nigeria di KLIA, 23 Disember lalu.
Syabu seberat 1.12 kilogram ditemui disembunyikan dalam bungkusan makanan.
Manakala sehari kemudian, seorang wanita warga Thailand ditangkap di sebuah hotel di Sepang, Selangor.
Hasil pemeriksaan, polis merampas enam ketulan mampat kokain di dalam bilik berkenaan.
Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.5 juta.