Bantuan Rakyat Satu Malaysia, BR1M dijangka diagihkan dua kali setahun bermula 2014.
Selain itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata jumlah pemberian BR1M RM500 setahun dipertimbangkan ditambah.
Agihan BR1M dilakukan dua kali setahun itu dicadangkan sebagai usaha menggalakkan rakyat berbelanja secara berhemah berbanding agihan sekali-gus sebelum ini.
Cadangan masih dalam peringkat kajian itu juga dilihat mampu mengurangkan beban kos sara hidup penerima.
Kaedah baru cara agihan itu dijangka dimuktamatkan ketika pembentangan belanjawan 2014 Oktober ini.
Selain cadangan mengandakan agihan tahunan BR1M kepada penerima layak
Bank negara juga katanya masih memperhalusi model sesuai menyalurkan sumbangan terus kepada golongan berpendapatan antara RM4000 dan RM5000 sebulan.
Datuk Seri Ahmad Husni ditemui media selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Eshaniah di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 di Manjoi dekat Ipoh siang tadi.
Sekolah agama rakyat ini dibina dengan kos RM220,000 siap Februari lalu mempunyai 50 pelajar.