Seorang lagi mangsa keracunan makanan di sebuah Majlis Perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah Sabtu lalu, meninggal dunia semalam.
Ia menjadikan jumlah yang mangsa yang meninggal dunia, empat orang.
Semalam, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, hidangan ayam dipercayai menjadi punca keracunan makanan di kalangan tetamu majlis perkahwinan itu.
Ia dikenalpasti hasil siasatan awal yang dijalankan jabatan kesihatan, yang mengesan Bakteria Salmonella.
Kementerian Kesihatan juga akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai kejadian itu, sebelum tindakan susulan diambil.
Sebelum ini, 246 pesakit mendapatkan rawatan ekoran insiden keracunan makanan itu.
Ketika ini, 36 lagi masih menerima rawatan di tiga hospital sekitar Kedah.