Menjelang pemilihan kepimpinan UMNO 2013.
Buat pertama kali, calon menawarkan diri bertanding merebut semua jawatan dipertandingkan dihimpunkan dan diperkenalkan kepada perwakilan.
Tiga sesi diatur hari ini bermula di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bertempat di Stadium Indra Mulia di Ipoh, pertemuan berjalan lancar membabitkan calon dan perwakilan pelbagai pangkat dan kedudukan dalam parti serta kerajaan.
Sesi pengenalan calon Ahli Majlis Tertinggi dan Exco sayap ini diatur ibu pejabat parti dan Badan Perhubungan UMNO Perak.
Pendekatan ini dilakukan bagi membendung gejala politik tidak sihat.
Bagi calon sesi seumpama ini efektif namun perlu ditambah baik.
Ia termasuk sesi pertemuan lebih lama, pemilihan hari yang sesuai dan dan bukan pada waktu bekerja.