JOHOR BAHRU – Polis menafikan penyebaran sekeping gambar berhubung kejadian seekor ular sawa menelan seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Masai, Pasir Gudang di sini yang tersebar di internet sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada pelbagai pihak sejak dua hari lalu yang ingin mengetahui kesahihan perkara itu. –