Kesal Ros Dijadikan Kambing Hitam
Dalam pada itu, tindakan dua pemimpin DAP mengugut mahu menyaman ROS terus dibidas.
Sambil menyifatkan kenyataan Karpal Singh dan Lim Guan Eng sebagai ego, bekas calon PKR Dun Paloh, Norazman Mat Amin kesal kerana mereka menjadikan ROS sebagai kambing hitam untuk menutup kelemahan mereka.
Beliau yang juga bekas Bendahari PKR Kelantan, bersimpati dengan ROS.
Turut dipersoalkan sama ada Guan Eng yang mendapat tempat ke-5 pada CEC lalu layak untuk terus memegang jawatan sebagai setiausaha agong dan apa pula nasib Liew Chin Tong selaku calon yang mendapat undian tertinggi.
Jangan Tunding Jari Terhadap Pihak Lain
Pengerusi Biro Publisiti DAP, Tony Pua digesa melihat kecacatan partinya yang tidak demoktarik terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pihak lain terhadap imej parti terbabit yang kian tercemar.
Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mahu Tony Pua menjelaskan sebab ketidakhadiran sejumlah besar perwakilan DAP ketika pemilihan semula CEC minggu lalu.