Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan rizab antarabangsanya berjumlah RM444.6 bilion, bersamaan dengan AS$136.5 bilion, pada 30 September, 2013.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan 3.9 kali hutang luar jangka pendek.